Tuesday 8 May 2012

Tip Atasi Perut Buncit Di Kala Majlis Menjelang Tiba

 "ARGGHHHH... PERUT SEMAKIN MEMBUNCIT, TEMPAHAN BAJU SUDAH DIBUAT. PENING KEPALA  MEMIKIRKAN CARA UNTUK MENGURUSKAN PERUT AGAR KELIHATAN CANTIK DI MAJLIS PERSANDINGAN NANTI. MALU UNTUK BERHADAPAN DENGAN TETAMU DI KALA PAKAIAN KELIHATAN SENDAT DAN TIDAK MUAT DI BADAN"
 

Salam. Hello again guys. Here's the tip I want to share. I got this from majalah buku "pengantin". Haha I know the title sounds funny but I just hope it's somewhat useful for some people that's having this kind of problem. This time I just post it in Malay ok? Hehe I'm so lazy to translate the article.

TIP ATASI PERUT BUNCIT:

Minum Jus Limau 
Minumlah segelas jus limau di awal pagi sebelum anda bersarapan. Jus ini membantu membersihkan sisa makanan dan asid yang tertinggal di dalam perut anda. Jus lemon dan epal hijau juga boleh diminum bagi menggantikan jus limau, Selamat mencuba!

Elakkan Minuman Sejuk Ketika Makan
Minuman sejuk akan melambatkan proses pencernaan makanan. Inilah yang akan membuatkan perut anda menjadi buncit. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam.
   
Tunggu Dua Minit
Untuk mengelakkan perut buncit, anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya dua minit selepas makan untuk meminum air. Sekiranya mampu, tunggulah sehingga 5-10 minit selepas makan, Ini juga membantu sistem penghadaman untuk bekerja dengan lebih baik. Selain itu, elakkan juga untuk makan berselang seli dengan minum.

Berpuasa
Inilah cara yang paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman. Kepada yang bukan Islam, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan lewat petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kunyah Makanan Sehingga Betul-Betul Hancur
Kunyahlah makanan anda sehingga hancur. Ini adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan isyarat kepada organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

Kombinasi Makanan
Pilihlah kombinasi makanan yang baik tiap kali anda ingin makan. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan.

Hope this helps. Good luck!!! 

Till then. =))

2 comments:

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers